Follow Me

Permohonan Wali Hakim Part 1

Jangan ditanya kenapa as menggunakan wali hakim ya.. sebab as ni special. hahahaha.... jangan jeles tau. ;p

susah. memang susah kalau menggunakan wali hakim ni. bukan susah apa.. susah sebab prosedur dia rumit. tak percaya? meh as tunjukkan.

selepas Incik Naruto serah kat as borang lelaki dengan borang yang kena bayar RM 10 tu kat as, as pulak kena settle kan part as. di mana, prosedurnya sama seperti lelaki.. kena isi borang online, kena minta cop Penolong Pendaftar Nikah kat kawasan rumah as.

part tu settle.

semalam, as ambil cuti. unpaid leave lagi. :( sebab baru kerja kan. semua unpaid leave. hmmm..
sesampai je as kat Jabatan Agama Islam Selangor, as pergi terus tanya kat kaunter minta pas. semalam as pergi dengan mama dan ayah. kitorang terus pergi tingkat Bahagian Nikah, Cerai dan Rujuk. lupa lah tingkat berapa. rasanya tingkat 6.

masa sampai je kat tingkat 6 tu, mereka suruh turun pergi Kaunter OSC yang berhadapan dengan kuanter ambil pas tadi.
masa as masuk dalam bilik ni, tak ramai orang. dan ada seorang staff Jais yang duduk di meja hadapan pintu akan cek dan cop setiap dokumen yang kita lampirkan. selepas tu, mereka akan sebut kena pergi kaunter berapa.

masa sampai je kaunter 5 atau 6 tu, terus je bagi dokumen yang telah dicop oleh staff tadi. masa ni kena lah tunggu sikit ya. tak lama kemudian, nama kita akan dipanggil dan pembayaran sebanyak RM 10 harus dibuat.

lepas tu, as disuruh untuk membuat fotokopi sebanyak 2 set semua dokumen tu dan pergi ke Bangunan Mahkamah Syariah yang ada disebelah je.
lepas masuk dalam bangunan tu, kena naik ke Tingkat 3 untuk urusan pendaftaran. tapi malangnya, hari Rabu adalah hari yang tidak dibenarkan untuk mendaftar sebarang urusan. sebab hari Rabu memang dah dikhaskan hari untuk bicara dan urusan pembayaran denda kes jenayah.
tapi, nasib baik ada akak kat kaunter ni tolong bagi as borang yang kena diisi. antara borang yang as kena isi adalah borang untuk pendaftaran dan borang untuk mengeluarkan sepina.

selapas semua borang ini diisi, as perlu mneyerahkan kembali borang di kaunter dan tarikh untuk angkat sumpah akan diberi selepas 2 minggu penyerahan borang tadi.

complicated tak?

hehehe... as yakin, setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan InsyaAllah, akan dipermudahkan.. aamiin...

cerita selanjutnya as akan erita di entry lain... sebab as tak isi lagi kedua-dua borang tu.. hehehe

2 2008 cinta berkata-kata:

dah baca..kena lah komen sekali..:)

Copyright@Hak Milik Siti Norasfiza